( jangan tanya aku...aku copy paste jer )
Komunikasi
Penggunaan radio
iaitu walkie-talkie/mobile rig semasa konvoi adalah penting untuk
memastikan setiap member berada dalam keadaan teratur dan selamat.
Semasa
memandu, perbualan adalah di antara Zero Car, Marshall, Pace Car (Group
Leader), Back Marker, Safety Car, Last Car atau Control mengikut mana
yang telah dilantik oleh Komiti. Bagaimanapun, dalam perjalanan yang
agak jauh melalui highway, member dibenarkan untuk QSO pendek sahaja
dari masa ke semasa, untuk menghilangkan tahap ke’boring’an TETAPI bukan
di dalam bandar/pekan, sebab ada maklumat/info penting yang akan
disampaikan oleh marshall yang bertugas berkenaan dengan keadaan jalan
atau kesesakan trafik semasa memandu.
Lampu Strobe & Sirens
dalam
konvoi ini, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama
sekali oleh kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority
untuk menggunakannya dari pihak berkuasa. Penggunaan peralatan ini akan
membuatkan pengguna jalanraya yang lain akan panik & mengakibatkan
kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam
konvoi (bukannya hazard lights!!!).
Kelajuan
Zero
Car sebenarnya perlu berada dalam tempoh 20-30 saat di depan konvoi
kerana peranannya adalah untuk memastikan keadaan trafik berjalan
lancar, & akan memberi laporan pada Control dan seterusnya kepada
Marshall yang bertugas.
Zero akan perlahankan kelajuan SELEPAS
tol dengan tujuan supaya group yang lain dapat memasuki semula di dalam
barisan konvoi. Semua akan mencapai kelajuan konvoi yang dibenarkan
setelah Last Car memberitahu kesemuanya melepasi tol. Perlu diingat,
tidak perlu MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas tol. Begitu juga perkara
yang sama berlaku sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.
Bila
berhampiran dengan tol atau lampu isyarat, konvoi boleh menggunakan
lane yang berbeza, atas alasan untuk memendekkan masa, dan Pace Car
(Group Leader) akan mengetuai semula groupnya ke dalam barisan konvoi
tersebut.
Ketepatan Masa
Oleh
kerana kita bergerak secara berkonvoi/berkumpulan dan masa perlu diikut
seperti yang dirancang dan menunggu adalah tidak dibenarkan…….. LATE
COMERS perlu mengejar konvoi atau terus menuju ke destinasi. Paling
maksima yang boleh di tunggu pun adalah dalam 5-10 minit, kalau tak kita
semua akan lewat & ini akan membuatkan imej/reputasi kelab
terjejas, tambahan bila kelab menghadirkan diri atas jemputan pihak
luar. So, please obey the rules & time!!!
Maklumat Penting:
Sekiranya berlaku kerosakan
atau kemalangan, sesiapa pun TIDAK DIBENARKAN berhenti kecuali LAST CAR
dan/atau SAFETY CAR …. ini adalah untuk keselamatan, sebab attitude dan
mentality orang Malaysia suka memberhentikan kereta dan menyibuk di
lokasi kejadian, menyebabkan terjadinya kesesakan lalulintas &
kemungkinan berlakunya kemalangan yang lain.
Konvoi yang lain
sepatutnya perlu meneruskan perjalanan hingga ke destinasi terakhir.
Last Car dan/atau Safety Car akan berada di lokasi kejadian & akan
memberi laporan kepada Control berkenaan dengan situasi tersebut dari
masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi,
sekiranya perlu.
Jadi, minta kerjasama dari semua untuk mematuhi
arahan-arahan di atas supaya perjalanan konvoi pergi dan balik adalah
selamat. Terima kasih